9 Agen Perisikan Paling “Power” Di Dunia

9. Ministry of State Security (MSS) – China

logo ministry of state security

Keberadaan MSS dalam senarai ini memang tak dapat dipertikaikan lagi. MSS mempunyai segala kelengkapan sebagai institut perisikan yang lengkap. Ia ditubuhkan pada tahun 1983 hasil daripada gabungan Jabatan Siasatan Jenayah (CID). Agensi perisikan ini telah membuktikan kehebatan mereka dengan menentang keganasan di wilayah Greater China seperti Taiwan, Hong Kong dan Macau.

ministry of state security

Sejak ditubuhkan pada Jun 1983, ia diterajui oleh Ling Yun sehingga beliau meninggalkan agensi itu pada September 1985. Ketika ini MSS dipimpin oleh Chen Wenqing sejak November 2016.

8. Australian Secret Intelligence Service (ASIS) – Australia

asis australia

Ditubuhkan pada 13 Mei 1952, Australian Intelligence Service (ASIS) merupakan sebuah agensi perisikan asing nasional Australia. Ibu pejabat agensi ini terletak di ibu negara Australia iaitu Canberra. Sebagai antara satu daripada agensi perisikan terbaik dunia, ASIS bertanggungjawab dalam mengumpul maklumat perisikan luar negara termasuklah berhubung dengan entiti risikan asing dan menggagalkan pengintipan luar.

ASIS mempunyai bajet RM1.548 billion digunakan bagi menjalankan operasi, dan sering dibandingkan dengan agensi-agensi terkemuka lain seperti Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) dan Perkhidmatan Perisikan Rahsia British (M16)

7. Direction Generale De La Securite Exterieure (DGSE) – Perancis

direction generale de la securite exterieure

Agen perisikan luar Perancis dinamakan Direktorat Jeneral Keselamatan atau Direction Generale De La Scurite Extereure (DGSE). Ia ditubuhkan pada 2 April 1982 dan berpangkalan di Paris, Perancis. Seperti ASIS, DGSE juga dibandingkan dengan CIA dan M16 kerana kehebatan tersendiri.

Segala kerja operasi DGSE adalah di bawah arahan Kementerian Pertahanan Perancis. Ia juga beroperasi bersama rakan sejawat domestik iaitu Direktorat Jeneral Keselamatan Dalam Negeri (DGSI). Sebanyak RM3.09 billion dibelanjakan oleh kerajaan Perancis dalam menjalankan dan mengekalkan operasi DGSE.

6. Research and Analysis Wing (RAW) – India

research and analysis wing

Tak terlepas dalam senarai agensi perisikan terbaik dunia adalah Research and Analysis Wing (RAW) , agensi perisikan asing utama di India. RAW ditubuhkan pada 21 Septermber 1968, disebabkan oleh kegagalan perisikan India dalam menghadapi pertempuran Sino-India dan India-Pakistan.

RAW berpangkalan di New Delhi dan berada di bawah Pejabat Perdana Menteri. Ketika ini ia diterajui oleh Anil Dhasmana. RAW bertanggungjawab memantau perkembangan politik, ketenteraan, ekonomi dan saintifik serta membentuk pendapat dan pengaruh orang asing.

Selain itu, ia juga memainkan peranan yang penting dalam gerakan anti-pengganas serta beberapa aktiviti perlindungan yang lain.

5. Bundesnachrichtendienst (BND) – Jerman

bundesnachrichtendienst

Bundesnachrichtendienst atau singkatannya BND adalah nama asal kepada Perkhidmatan Perisikan Persekutuan Jerman. Ia merupakan agensi perisikan asing Jerman. Ia berada di bawah Pejabat Canselor Jerman.

Ditubuhkan pada 1 April 1956, BND berpangkalan di Pullach, berdekatan dengan bandar besar Munich dan Berlin. BND membelanjakan sebanyak RM3.07 billion setahun dan bertanggungjawab mengumpulkan maklumat dalam pelbagai bidang seperti keganasan dan senjatas pemusnah rusuhan.

BND juga menilai maklumat mengenai kesalahan yand dirancang, penyeludupan dadah dan senjata api, penggubahan wang haram serta penghijrahan haram.

4. Federal Security Bureau of Russian Federation (FSB) – Rusia

federal security bureau of russian federation

Agensi perisikan Rusia iaitu Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Persekutuan Rusia berada di tangga ke-4 agensi terbaik dunia. Ia dikenali sebagai organisasi keselamatan utama Rusia dan kumpulan pengganti utama kepada Jawatankuasa Keselamatan Negara (KGB) Kesatuan Soviet.

FSB berpangkalan di Moscow, Rusia dan sangat terkenal dengan tindakan terhadap anti-keganasan dalam dan luar negara.

Antara tanggungjawab FSB adalah menentang keganasan, mengawal keselamatan dalam negara dan sempadan, menyiasat jenayah serius dan perlanggaran undang-undang persekutuan Rusia.

3. Military Intelligence Section 6 (MI6) – United Kingdom

military intelligence section 6

Memang sudah dijangkakan berada dalam senarai ini, dan ke-3 terbaik di dunia adalah agensi perisikan British yang dikenali sebagai M16 yang merupakan singkatan kepada  Millitary Intelligence Section 6 (Perisikan Tentera Seksyen 6).

M16 terikat dengan Akta Perkhidmatan Perisikan 1994 dan identitinya tidak dimaklumkan kepada umum sehingga tahun 1994. Dengan kos RM14.71 billion setahun, MI6 yang berpangkalan di Vauxhall Cross di Tebing Selatan Sungai Thames sejak 1995 ini bertanggungjawab dan masih kekal dalam operasi anti-pengganas asing. Ia juga bekerjasama rapat dengan entiti rahsia dari Amerika Syarikat dalam menghapuskan keganasan.

2. Central Intelligence Agency (CIA) – Amerika Syarikat

cia 836

Central Intelligence Agency atau Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat dikatakan agensi perisikan ke-2 terbaik di dunia ketika ini. Ia berada di bawah kerajaan persekutuan Amerika Syarikat.

Ia ditubuhkan pada 26 Julai 1947 selepas Akta Keselamatan Negara diluluskan oleh Harry Truman untuk menjadi undang-undang. CIA juga merupakan agensi tertua dalam senarai ini. Seperti agensi-agensi yang lain, ia bertanggungjawab menentang keganasan dalam dan luar negara.

Pembangunan CIA telah menjadi fokus utama oleh kerajaan Amerika Syarikat selepas serangan pengganas dalam tragedi 9/11.

1. Inter-Service Intelligence (ISI) – Pakistan

inter service intelligence

Agen perisikan yang paling hebat ketika ini dan berjaya mengalahkan agensi perisikan Amerika Syarikat adalah Inter-Service Intelligence (ISI) Pakistan, menurut penerbitan oleh International Business Times United Kingdom. Berpangkalan di Islamabad dan ditubuhkan pada tahun 1948 oleh tentera British yang berkhidmat sebagai tentera Pakistan, ISI bertanggungjawab dalam mengukur tahap keselamatan dan perisikan kepada Kerajaan Pakistan. Ia dikatakan menjadi agensi terbaik di dunia kerana keberanian dalam menentang keganasan di Pakistan dan seluruh dunia.

Sumber : iluminasi

4 ANGGOTA POLIS YANG PALING DIGERUNI SEHINGGA BUAT KAMI TERKESIMA

1. Bahadon Baharom yang digelar sebagai Malaikat Maut

Tuan Bahadon Baharom. Imej dari Utusan.

Beliau merupakan bekas Ketua Cawangan Jenayah Berat (D9) di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur. Malah beliau juga merupakan seorang pegawai polis yang paling digeruni sekitar era 80-an sehingga 90-an kerana keberaniannya berhadapan dengan penjenayah sehingga digelar sebagai ‘Malaikat Maut‘ oleh musuh-musuhnya.

Menurut sumber daripada akhbar Utusan Malaysia, antara penjenayah yang berjaya ditumpaskan oleh beliau termasuklah:

I) P.Kalimuthu atau lebih dikenali sebagai Bentong Kali, seorang penjenayah terkenal Malaysia pada tahun 90-an dengan kes pembunuhan kejam, penyeludupan dadah, memeras ugut serta kongsi gelap sehinggakan pihak berkuasa telah mengambil tindakan memberikan ganjaran sebanyak RM100,000 kepada sesiapa berjaya memberikan maklumat yang membawa kepada penangkapan Bentong Kali. Menurut dari sebuah dokumentari KES, Bentong Kali jugak pernah menelefon sendiri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah untuk mencabar pihak polis.

Bentong Kali mencabar pihak polis menangkapnya. Imej dari Dokumentari, KES.

II) Amukan Prebet Adam Jaafar pada Oktober 1987 di Chow Kit yang kononnya berpunca dari insiden adiknya yang dipukul sampai mati oleh seorang kerabat diraja Johor. Prebet tersebut telah mengamuk dengan berlari sambil menembak machine gun secara membuta tuli dan telah terkena beberapa orang awam yang terdapat di situ. Dia juga telah mencuba untuk membakar sebuah stesen minyak.

adam4

Di atas jasa dan sumbangannya, beliau telah menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 1977. Pada Jun 2012, beliau telah kembali ke rahmatullah akibat kanser.

“…tapi ada seorang pegawai polis, yang kat mana pun aku pergi, ramai yang akan kenal dan ramai orang yang akan cakap benda yang sama… namanya adalah Bahadon bin Baharom, satu nama yang cukup digeruni, bukan saja penjenayah malah anggota polis sendiri.”-  Syahril A. Kadir, bekas Penolong Ketua Meja Jenayah Utusan Malaysia (wartawan). Dipetik dari Blog Syahril A. Kadir.

2. S. Kulasingam yang mendapat jolokan ‘Fear Factor’

Imej dari sentiasapanas.com

S. Kulasingam merupakan Bekas Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor yang berjaya melumpuhkan sebanyak 25 kegiatan kongsi gelap. Malah beliau pernah mengetuai operasi pemburuan penjenayah yang paling dikehendaki iaitu Botak Chin pada sekitar 70-an, yang banyak terbabit dengan rompakan bersenjata serta menangkap Kepong Chai, lelaki yang merogol ramai wanita sebelum mencederakan wajah mereka dengan pisau.

Imej dari kongsion9

Beliau yang dikenali sebagai Kula di kalangan rakannya dianggap sebagai seorang yang tidak pernah mengenal takut membanteras penjenayah ganas sehingga beliau sendiri pernah menerima pelbagai ancaman bunuh oleh penjenayah. Menurut sumber dari Bernama, beliau turut mendapat jolokan sebagai ‘Fear Factor’.

“Kula adalah legenda Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID)… beliau seorang yang sederhana tetapi berhati waja.Tidak ada siapa boleh mempersoalkan komitmen dan dedikasinya (kepada pasukan polis).” – Datuk Christopher Wan Soo Kee, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Persekutuan. Dipetik dari Bernama.

Malah menurut sumber dari anak saudara Kula, Dr. Krishna Kumar yang dipetik dari akhbar Utusan, semasa riwayatnya beliau pernah terkena tembakan sebanyak dua kali oleh penjenayah termasuk di bahagian perut namun beliau tetap memberikan arahan untuk meneruskan operasi memburu penjenayah.

Tambah Syahril A.Kadir, seorang bekas wartawan di dalam bidang jenayah berpengalaman selama lebih 10 tahun yang dipetik dari Facebook beliau, Kula pernah kena serang hendap oleh konco-konco penjenayah Botak Chin dengan melepaskan 11 tembakan jarak dekat terhadapnya semasa di perhentian lampu isyarat kat Cheras. Salah satu tembakan tersebut telah terkena rusuk kanan beliau dan menembusi paru-parunya.

“Penumpas jenayah yang baru meningkat wajar mengambil dedikasi dan pencapaian Kula sebagai kayu pengukur dalam kerjaya mereka… beliau adalah contoh bagaimana menjadi seoranag anggota polis yang gemilang.”- Datuk Christopher Wan Soo Kee, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Persekutuan. Dipetik dari Bernama.

Imej dari Syahril A.Kadir

Disebabkan dedikasi dan keberaniannya dalam menghadapi penjenayah sepanjang berkhidmat, Kula telah dianugerahkan Pingat Gagah Berani (PGB) dan Ahli Mangku Negara (AMN) sebagai tanda menghargai jasanya.

Di saat-saat akhir kehidupannya, beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan tulang pinggul yang retak ketika terjatuh kat bilik mandi dan beliau telah meninggal dunia pada usia 77 tahun akibat paru-paru berair atau pneumonia.

3. Mejar Zainal Abd. Rashid yang gugur melawan komunis

Imej dari xnuripilot

Mejar Zainal Abd. Rashid adalah seorang perwira negara yang berjaya membunuh enam orang pengganas komunis (PGK), namun dalam masa yang sama juga beliau telah gugur didalam medan pertempuran (Operasi Gubir) pada tahun 1976 demi memerdekakan tanah air yang tercinta. Pada ketika itu, beliau hanya berpangkat Kapten yang mengetuai kumpulan rondaan.

Namun atas segala pengorbanan dan keberaniannya semasa bertempur dengan pengganas komunis, beliau telah dinaikkan ke pangkat Mejar dan dianugerahkan pingat kepahlawanan tertinggi negara iaitu Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) pada tahun 1977 oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Selain itu, Mejar Zainal turut dianugerahkan pingat keberanian handalan (PKH) oleh DYMM Sultan Perak dan dikurniakan Bintang Perkasa Negeri Kedah (BPK) serta Bintang Keberanian Negeri Kedah (BKK) oleh DYMM Sultan Kedah.

Pertempuran meletus apabila beliau dan lima anggotanya berjaya mengesan sekumpulan 15 pengganas komunis. Setelah beliau membunuh dua orang pengganas komunis tersebut, beliau terus menuju ke arah musuh sambil memberi kata-kata perangsang kepada anggotanya yang lain untuk terus mara berjuang. Pada ketika itu lah, salah seorang pengganas wanita telah membaling sebutir grenad kearah beliau dan telah menyebabkan kecederaan parah sehingga beliau menghembuskan nafas terakhirnya di tempat kejadian.

4. Inspektor Paul Kiong yang berjaya menangkap 43 orang komunis hidup-hidup

Imej dari Facebook Polis Hutan.

Supritendan Paul Kiong adalah antara pegawai Cawangan Khas (SB) yang terhebat. Menurut bekas Penolong Ketua Meja Jenayah Utusan Malaysia, Paul Kiong ni sangat hebat dalam penyamaran, sampaikan dia menyamar sebagai anggota komunis selama 5 tahun kat Semenanjung Malaysia tapi takde seorang pun yang perasan.

“Dulu kami terpaksa berada di dalam hutan untuk tempoh yang lama bagi menghapuskan kumpulan pengkhianat itu (PKM). Malah ada di antara anggota polis dan tentera menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan ngeri akibat kezaliman PKM.” – Paul Kiong. Dipetik dari Utusan.

Antara tahun 1976 hingga 1986, beliau telah berjaya menangkap seramai 43 orang pengganas komunis‘hidup-hidup’ tanpa melepaskan walau satu pun tembakan! Dalam satu operasi lain, Paul Kiong telah menembak seramai lima pengganas komunis yang telah menyerang hendap pasukannya dan beberapa operasi lain yang turut memperoleh kejayaan besar.

Imej dari Facebook VAT69

“Saya yang berketurunan Cina juga tidak akan sekali-kali memaafkan kekejaman PKM. Biarpun luka di tubuh badan sudah menjadi parut tetapi luka di hati dan kesedihan akibat tindakan PKM masih belum terubat sampai sekarang.” -Paul Kiong. Dipetik dari Utusan.

Menurut Facebook Polis Hutan, Paul Kiong telah menyertai pasukan polis pada tahun 1967 sebagai Konstabel. Lapan tahun kemudian, beliau telah dinaikkan pangkat Inspektor dan kemudian Asisten Supritendan. Namun pada tahun 1990 beliau telah ditukarkan ke Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dengan pangkat Deputi Supritendan dan bersara pada 1998 dengan pangkat terakhir beliau sebagai Supritendan.

Beliau juga turut dianugerahkan Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 1983 dan Pingat Keberanian Handal Perak pada tahun 1988.

Paul Kiong menunjukkan pingat yang dimilikinya. Imej dari Utusan.

Wira yang tak didendang

Kami yakin pasti ramai antara korang yang tak berapa kenal dengan nama-nama diatas walaupun mereka ni sebenarnya merupakan antara ribuan pahlawan dan wira negara yang sanggup berkorban jiwa dan raga.

Malah perwira-perwira negara seperti mereka ni tak mengharapkan sanjungan yang menjulang tinggi kerana mereka pentingkan keselamatan negara dan rakyat walaupun nyawa mereka dihujung tanduk! Seperkara yang perlu kita ingat ialah, keamanan negara yang dikecapi hari ini tak mungkin mampu dicapai sekiranya tiada kesungguhan dan iltizam daripada para perwira terdahulu.

Marilah bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan bertafakur buat perwira kita yang telah terkorban dalam perjuangan mereka demi kemakmuran tanah air ini.

Sumber : manggahijau.com

Sejarah Keluarga Sidek: Hero-Hero Badminton Negara Yang Digeruni Seluruh Dunia

DATO’ MOHD SIDEK ABDULLAH KAMAR (ALLAHYARHAM) 
Image result for DATO’ MOHD SIDEK ABDULLAH KAMAR (ALLAHYARHAM) 
Allahyarham Dato’ Sidek lahir pada 9 Januari 1936 di Banting, Selangor. Beliau bersekolah di Sekolah Agama Al-Mansor, Pulau Pinang. Antara kejayaan beliau ialah Juara Beregu Lelaki dan Beregu Campuran Daerah Kuala Langat (1958); Juara Perseorangan Lelaki Daerah Kuala Langat (1959-1962); dan Juara Perseorangan Lelaki Piala Novis Melayu Selangor (1964).

Pada 1970, beliau bersara dan seterusnya bermula detik beliau melatih anak-anaknya menceburi sukan badminton. Allahyarham juga merupakan pengasas Kelab Nusa Mahsuri — kelab badminton pertama di Malaysia, ditubuhkan pada 10 April 1997. Beliau merupakan bapa kepada 5 orang jaguh badminton adik beradik iaitu Misbun Sidek, Jalani Sidek, Razif Sidek, Rahman Sidek dan Rashid Sidek. Allahyarham Dato’ Sidek, seorang yang tegas mendidik anak. Jasanya kepada dunia sukan negara memang tak terbalas.

Al-Fatihah.

DATUK MOHMED MISBUN BIN HAJI MOHD SIDEK 

Misbun Sidek (lahir 17 Februari 1960 di Kanchong Darat, Banting, Selangor) merupakan seorang bekas pemain badminton kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan anak sulung daripada adik-beradiknya.

Zaman Kanak-Kanak

Visi Datuk Sidek Abdullah Kamar untuk melihat anak-anaknya menjadi jagoan badminton bermula dengan anak lelaki pertamanya, Misbun sebagai eksperimen.

Ketika usianya mencecah tujuh tahun iaitu pada 1967, Misbun sudah mula dilatih secara serius oleh bapanya di gelanggang badminton di hadapan rumah mereka di Kampung Kanchong Darat, Banting, Selangor. Dua tahun kemudian, rutin sama turut dilalui adiknya, Razif dan Jalani setahun kemudian.

Namun di peringkat awal, bakat Misbun dalam badminton ditenggelami adiknya, Razif. Razif atau dikenali Mok di kalangan adik-beradik, lebih berdisiplin dan jarang ponteng latihan, berbanding Misbun dan Jalani yang lebih nakal. Tetapi sejak kategori bawah umur 15 tahun, Misbun sudah mula menewaskan Razif yang dua tahun lebih muda darinya.

Karier Awal

PADA usia 16 tahun, Misbun Sidek terpilih mewakili negara dalam Kejohanan Jemputan Asia di Hong Kong berikutan kejayaannya muncul juara kategori bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Selain kejohanan itu, anak kedua daripada lapan beradik itu juga terpilih ke Terbuka Australia atau lebih dikenali dengan nama Silver Bowl.

Di peringkat kebangsaan, Misbun terus mengekalkan dominasinya dan melakar gelaran hatrik bawah 18 tahun pada 1978, diikuti kategori bawah 21, setahun kemudian.

Pada 11 November 1976, Stadium Negara bergema menandakan dominasi keluarga Sidek bermula. Selepas Misbun muncul juara bawah 18 tahun beberapa bulan sebelumnya, adiknya, Razif dan Jalani muncul juara bawah 15 tahun MSSM selepas menewaskan pasangan Negeri Sembilan, Michael Chua dan Lim Jit Eng 15-10, 15-1.

Razif juga unggul dalam acara perseorangan dengan menewaskan pemain Pulau Pinang, Chung Peng Hoong 15-9, 15-3. Misbun menemani bapanya, Datuk Sidek Abdullah Kamar menyaksikan detik bersejarah itu. Misbun bertembung buat pertama kali dengan Razif dalam kategori 18 tahun merebut gelaran Novices Selangor di Dewan SBA, Kampung Attap pada 30 Januari 1977. Pertembungan itu amat dinantikan kerana Misbun adalah juara bawah 18 tahun MSSM manakala Razif unggul dalam kategori bawah 15.

Sesuai dengan statusnya sebagai abang, Misbun menewaskan Razif dalam saingan sengit rubber game 10-15, 15-5, 15-2. Setahun kemudian, pada usia 18 tahun, Misbun sudah terpilih untuk menjalani latihan skuad Piala Thomas negara. Dia boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pemain senior ketika itu seperti Suffian Abu Bakar, James Selvaraj, Saw Swee Leong, Phua Ah Hua Moo Foot Lian, Ong Teong Boon, Ho Khim Soon dan Kwek Chiew Peng.

Karier Seterusnya

Setelah mengalahkan Liem Swie King di Sukan SEA Manila 1991, beliau memenuhi nazarnya dengan mencukur rambut ala ‘Mohican’ (botak di kiri kanan dengan rambut tebal menjurai di tengah). Ketika bertanding di Hong Kong beberapa waktu kemudian, beliau tetap muncul dengan potongan rambut yang aneh itu.

Kejayaan itu melayakkan Misbun bergelar Olahragawan Kebangsaan 1981.

Ketika final Piala Dunia 1982 di Stadium Negara, Misbun Sidek tewas kepada bintang Indonesia, Lim Siew King. Walhal dia ada peluang memenangi perlawanan. Selepas kalah set pertama 12-15, Misbun bangkit untuk menang set kedua 15-3 dan mendahului 10-1 pada set penentuan. Sepanjang kejohanan itu, Misbun beraksi cemerlang. Dalam laluannya hingga ke final, dia menundukkan pemain terkemuka seperti Luis Pongoh dari Indonesia, Morten Frost Hansen (Denmark) dan Prakash Padukone (India).

Pada awal September 1982, ketika persiapan menghadapi Sukan Komanwel dan Asia, Misbun tiba-tiba mengejutkan pegawai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan peminat apabila meninggalkan kem latihan skuad negara di Pusat Latihan Polis (Pulapol) bersama rakan sepelatihnya, Ajib Mohiddin. Selain muncul naib juara dunia, Misbun juga memenangi Terbuka Sweden dan mengekalkan kejuaraan kebangsaan pada 1982.

Setahun kemudian, dia muncul juara Terbuka Jerman, Sweden, Kanada, separuh akhir Piala Dunia dan tempat ketiga Kejohanan Grand Prix Dunia. Dalam kejohanan Piala Dunia, Misbun tewas kepada pemain Indonesia, Hastomo tetapi penampilan uniknya nyata menarik perhatian peminat membanjiri Stadium Negara. Malah penampilan warna warni Misbun sedikit sebanyak membantu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memenuhkan kantung dengan hasil jualan tiket luar dugaan.

Pada 19 Ogos 1983, ketika Misbun bertemu Jens Peter Nierhoff dari Denmark, dilaporkan BAM mengutip tiket berjumlah RM70,000, keesokannya bertemu pemain China, Chen Changjie (RM117,000) manakala ketika tewas kepada Hastomo, jualan tiket adalah RM128,840.

Bakat, penampilan dan karisma Misbun turut mendapat perhatian masyarakat antarabangsa. Pada 7 Oktober 1983, Misbun menempa sejarah sebagai pemain pertama Asia Tengara dan kedua Asia selepas jaguh India, Prakash Pradukone menjadi pemain profesional di bawah International Management Group (IMG).

Pengiktirafan itu suatu yang menakjubkan kerana Misbun kini setaraf dengan bintang antarabangsa lain di bawah IMG seperti Bjorn Borg, Jimmy Connors, Jack Nicklaus, Arnold Palmer, Sebastian Coe dan Alberto Salazar.
TAHUN 1984 menyaksikan Misbun Sidek membuat kejutan apabila mengambil keputusan menunaikan haji di Mekah pada usia 24 tahun. Namun pada 30 September 1984, Misbun tiba-tiba sakit akibat kekeringan air dalam badan di Mekah dan ia menggemparkan keluarga serta peminat badminton negara.

Misbun pulang ke tanahair pada 4 Oktober 1984. Pada bulan sama, Misbun kembali memegang raket dan mewakili Malaysia ke Terbuka Kanada.

Pada 8 Januari 1985, sejarah tercipta lagi dalam keluarga Sidek. Kali ini, mereka menjadi keluarga terbesar mewakili negara dalam kejohanan luar negara. Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid terpilih kali pertama beraksi bersama di pentas antarabangsa di Terbuka Hong Kong. Maka lengkaplah Sidek Brothers – lima anak lelaki keluarga Sidek.

Apapun, di sebaliknya penampilan peliknya, Misbun masih mampu menyinar di pentas antarabangsa dengan gelaran terakhir dicapai pada 1988 selaku naib juara Piala Thomas, selepas tewas kepada China 4-1. Setahun kemudian, Misbun mengambil keputusan nekad untuk bersara. Hatinya masih kuat untuk bermain namun keadaan fizikalnya tidak mengizinkan.

Misbun pernah merangkul pingat emas bagi acara perseorangan lelaki badminton pada Sukan SEA 1981 di Manila, Juara Badminton Kebangsaan Malaysia (1981, 1982, 1983, 1984, 1986, 1987); Naib juara Piala Dunia 1982; Naib juara Seluruh England 1986; Naib juara Grand Prix Badminton Dunia 1988 dan Naib juara Piala Thomas 1988 (berpasukan lelaki).

Misbun Sidek akan senantiasa dikenang sebagai jurulatih yang telah melahirkan ramai jaguh seperti Roslin Hashim, Hafiz Hashim dan Dato’ Lee Chong Wei.

MOHAMED RAZIF MOHD SIDEK


Razif Sidek (lahir 29 Mei 1962 di Banting, Selangor) merupakan anak kedua selepas Misbun antara kelima-lima anak-anak Sidek yang bermain badminton. Beliau sering bermain secara beregu dengan adik lelakinya, Jalani. Razif dan Jalani memenangi gelaran Kejohanan Seluruh England pada 1982 selepas menumpaskan pasangan Scotland, Billy Gilliland dan Dan Travers.

Beliau juga merupakan anggota skuad Malaysia yang memenangi Piala Thomas buat kali pertama dalam 25 tahun, dengan kemenangan 3-2 ke atas Indonesia di Stadium Negara pada 1992. Beliau melakar sejarah menjadi atlet Malaysia pertama memenangi pingat Sukan Olimpik pada temasya Barcelona 1992.

Mereka merangkul pingat gangsa buat Malaysia setelah mencapai separuh akhir kategori beregu lelaki yang mana mereka tewas kepada pasangan Korea, Park Joo-bong dan Kim Moon-Soo.

Semasa perjalanan kariernya dengan Jalani, mereka merupakan antara empat beregu terbaik di dunia (Park Joo-bong/Kim Moon-soo, Rudy Gunawan/Eddy Hartono dan Tian Bingyi/Li Yongbo) dari era 1980-an hingga awal 1990-an. Selepas bersara sebagai pemain badminton, beliau dilantik sebagai jurulatih kebangsaan Malaysia dari 1994 hingga 1996.

HAJI MOHAMED JALANI MOHD SIDEK

Mohamed Jalani Mohamad Sidek (lahir 10 November 1963 di Banting, Selangor) merupakan bekas pemain badminton yang merangkul pingat gangsa bersama abangnya, Razif dalam perlawanan beregu pada Sukan Olimpik 1992. Anak-anak Sidek menjadi pemenang pingat Olimpik yang pertama untuk negara mereka sejak penyertaan pada temasya 1956 di Melbourne.

Semasa perjalanan karier dengan abangnya Razif, mereka memenangi beberapa gelaran kejohanan tempatan dan antarabangsa. Detik paling bersejarah semasa beliau menjadi pemain termuda yang memenangi gelaran Kejohanan Seluruh England pada 1982.

Selepas bersara sebagai pemain badminton, beliau mengasaskan sebuah kelab badminton bagi mencari bakat pemain baru, yang dipanggil Kelab Nusa Mahsuri, yang mana beliau menjadi penasihat sejak 1996. Beliau bertanggungjawab dalam perkembangan adik beradik Hashim, Roslin dan Hafiz yang menjadi pemain badminton kebangsaan Malaysia.

Razif dan Jalani Sidek: Beregu yang digeruni. 

Kesefahaman antara dua beradik ini digelar sebagai ‘telepathic’. Kekuatan mereka ialah pertahanan dalam rally yang panjang, di mana pihak lawan yang kurang sabar pasti akan melakukan kesilapan.

Piala Thomas 1992 

RAHMAN SIDEK

Rahman Sidek (lahir pada 20 September 1965 di Banting, Selangor) merupakan Jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Ketua Jurulatih Program Pembangunan Badminton Junior Usahasama Majlis Perbandaran Petaling Jaya/Kelab Badminton Nusa Mahsuri. Beliau pernah menjadi Juara Beregu Lelaki Terbuka Kanada; Juara Beregu Lelaki Terbuka Jerman; Naib Juara Berpasukan Piala Thomas; Juara Beregu Lelaki Terbuka Perak dan Juara Berpasukan Piala Thomas (1992).

RASHID SIDEK

Abdul Rashid Mohamed Sidek (lahir 8 Julai 1968 di Kanchong Darat, Banting, Selangor) merupakan bekas pemain badminton lelaki dari Malaysia serta pemain perseorangan bertaraf dunia sewaktu era 1990-an.

Beliau merupakan anak bongsu adalah yang bongsu dalam kalangan lima Adik-beradik Sidek yang semuanya terlibat dalam arena badminton kebangsaan. Abang beliau, Razif Sidek dan Jalani Sidek merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik bagi beregu lelaki pada 1992. Beliau menjadi pemain termuda yang memenangi Kejohanan Badminton Junior kebangsaan pada tahun 1980 ketika berumur 12 tahun.

Rashid Sidek memenangi pingat gangsa untuk acara perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik 1996 di Atlanta setelah menewaskan Juara Dunia dari Indonesia, Heryanto Arbi. Beliau menjadi pemain nombor satu dunia buat julung kalinya pada tahun 1997. Beliau kini berkhidmat sebagai jurulatih kepada pemain pelapis dalam pasukan badminton kebangsaan Malaysia.
Beliau diiktiraf sebagai antara perseorangan lelaki terbaik pernah dilahirkan negara kita

Servis-S : Servis yang tak terlupakan.

Cara melakukan Servis Sidek ialah dengan sebelah tangan memegang kepala bulu tangkis ke arah atas, manakala bahagian bulunya pula menghala ke arah permukaan gelanggang. Sebelah tangan lagi yang memegang raket perlu berada dalam kedudukan untuk membuat pukulan backhand (memukul bulu tangkis dengan tolakan pergelangan tangan, dan bukannya dengan hayunan keseluruhan tangan).

Setelah berada dalam kedudukan tersebut, servis akan dilakukan dengan tolakan raket ke arah bahagian bulu. Bulu tangkis yang dipukul sebegitu akan berpusing-pusing melayang ke arah gelanggang lawan.

Servis Sidek dianggap menyukarkan pihak lawan untuk membalas pukulan kerana pihak lawan perlu betul-betul pasti bilakah kepala bulu tangkis yang berpusing-pusing itu akan menghadap ke arah mereka sebelum ia boleh dipukul kembali, kerana pukulan balas yang salah pada bahagian bulu akan menyebabkan hantaran yang tidak sempurna malah boleh menyebabkan bulu tangkis melekat pada jaringan raket pihak lawan.

Antara pemain yang mula-mula mempopularkan serangan pada masa menerima servis ialah Heryanto Arbi dan Lim Swie King.

Ia sememangnya menjadi masalah kepada pemain lawan untuk mengambil servis ini dan membuat serangan pada gerakan awal. Hal ini demikian kerana, pemain lawan yang menerima servis ini akan menerima bulu, bukan kepala. Alasan diharamkan adalah kerana ia merosakkan bulu tangkis. Servis-S ini dikatakan sangat berkesan dalam permainan beregu. Razif dan Jalani dikatakan dapat memenangi Kejohanan Seluruh England 1982, hasil dari keberkesanan ‘Servis-S’.

Kontroversi teknik pukulan bulu tangkis yang luar biasa itu memaksa Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) mengambil keputusan untuk mengharamkan penggunaan Servis Sidek pada 1980.

JASA KAMU SEMUA AKAN DIKENANG SELAMANYA

Sumber : chedinsphere.blogspot, wiki & arkib negara.

‘OTAI’ DI SEBALIK SIRI ANIMASI UPIN & IPIN RUPA-RUPANYA BEKAS JURUTERA PETROLEUM

BETUL, betul, betul… Hai saya Upin, ini adik saya Ipin!…”, dialog tersebut berjaya memikat hati penonton tanpa mengira bangsa dan peringkat umur sekali gus mencetuskan evolusi animasi di negara ini pada 2006.

Kejayaan siri animasi ini adalah idea dan kreativiti pasangan suami isteri iaitu Pengarah Urusan Les Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Razi bersama isterinya, Ainon Ariff yang juga Pengarah Kandungan Kreatif bagi syarikat itu. Siri ‘Upin & Ipin’ mengangkat tema kehidupan kanak-kanak kembar dengan rakan-rakannya daripada pelbagai kaum yang tinggal di desa dan telah memberikan fenomena baharu.

Ia menjadi satu evolusi selepas beberapa tahun industri animasi negara suram. Burhanuddin berkata, penglibatannya dalam dunia animasi adalah kerana memenuhi cadangan isterinya yang mahu membuat filem.

“Saya mahu pencen sahaja ketika berusia 50 tahun, namun saya tertarik dengan cadangan isteri dan mahu memenuhi impiannya.

“Tanpa pengetahuannya, saya mengkaji pasaran perfileman negara dan industri animasi sesuatu yang agak baru pada masa itu. Kerajaan juga menggalakkan masyarakat untuk terlibat
dalam industri animasi.

“Saya melihat industri ini berpotensi dan berkeyakinan ia akan pergi jauh,” kata anak jati Telok Panglima Garang, Selangor ini.

Burhanuddin mengkaji beberapa studio menghasilkan animasi terkenal, antaranya ‘Anak-Anak Sidek’, ‘Usop Sontorian’ dan ‘Kluang Man’, namun pada 2005 ia sudah tidak ada lagi.

“Saya mencari pengusaha tersebut dan mendengar masalah yang mereka hadapi. Syarikat mereka mengalami masalah sama kerana terlalu percaya kepada orang tertentu,” katanya.

Image result for 'OTAI' DI SEBALIK SIRI ANIMASI UPIN & IPIN RUPA-RUPANYA BEKAS JURUTERA PETROLEUM

Buat kajian hingga ke luar negara

Mengimbas kembali sejarah siri ‘Upin & Ipin’, Burhanuddin membangunkan satu kumpulan yang mempunyai seramai lapan anak muda baru habis belajar untuk membuat animasi.

“Mereka perlu belajar penyelidikan dan pembangunan proses membuat animasi. Selepas lapan bulan, mereka perlu belajar watak dan membuat modul latihan.

“Setelah selesai, animasi tersebut dihantar untuk production. Mdec menjadi peneraju dan kebanyakan pakar di situ memberikan nasihat supaya animasi dikembangkan dalam perniagaan,” katanya.

Melihat pasaran animasi hebat dari Amerika dan Eropah besar, Burhanuddin berkata, Les Copaque Production (LCP) perlu menghasilkan produk yang dapat memenuhi cita rasa negara tersebut supaya boleh dipasarkan ke sana.

“Untuk mendalami dunia animasi, saya ke merata-rata negara yang membuka pasaran animasi, antaranya Korea, Jepun dan Amerika. Saya perlu menghasilkan animasi yang bersesuaian dengan budaya dan cara hidup masyarakat di sana.

“Ia amat rumit kerana pekerja saya tidak pernah ke luar negara, mereka tidak tahu secara terperinci,” katanya.

Bekas jurutera petroleum ini berkata, pada 2005, LCP mula melihat secara terperinci mengenai penghasilan kartun luar negara yang ditayangkan di negara ini.

Burhanuddin dan kebanyakan ibu bapa bimbang mengenai pengisian kartun Amerika dan Eropah yang berbeza dengan budaya Malaysia.

“Sasaran peringkat umur penonton rancangan menjadi fokus utama saya. Saya dapati di Malaysia dan Asia, kita perlu menghasilkan rancangan yang diminati anak-anak dan disukai ibu mereka.

“LCP mengambil keputusan menghasilkan ‘Upin & Ipin’ dan meyakinkan ibu bapa dengan pengisian yang kami sediakan bersesuaian kehendak mereka yang mahukan yang terbaik kepada anak-anak,” katanya.

Burhanuddin berkata, kejayaan Upin & Ipin adalah jalan ceritanya yang asli dan kehidupan sebenar berjaya mengangkat Upin & Ipin ke pentas antarabangsa.

“Upin & Ipin membawa penonton realiti sebenar kehidupan kanak-kanak dan penghasilan siri tersebut yang dibuat dalam bentuk 3D menjadikan ia bertambah istimewa. Ia adalah cerita yang dekat dengan masyarakat di negara ini, asli dan tidak meniru cerita luar negara,” katanya.

Daripada filem ke televisyen

Dengan tenaga kerja yang ada, LCP membuat filem, ‘Upin & Ipin Geng Pengembaraan Bermula’ pada 2009 dan ia adalah cerita Asia.

Bagaimanapun selepas hampir dua tahun beroperasi, Burhanuddin tidak nampak hasil filem tersebut sedangkan dia perlu menggaji 20 pekerja pada setiap bulan.

“Filem masih belum dijual, saya sebagai ‘tauke’ risau dan takut filem tidak menjadi.,” katanya.

Untuk menghilangkan kerisauannya, Burhanuddin mengambil keputusan menghasilkan siri animasi dua kanak-kanak dalam pasaran.

“Pada mulanya dua-dua botak kerana mahu berjimat penggunaan warna dan kosnya agak mahal. Apabila kedua-dua botak, sukar untuk membezakan mereka, kami letakkan satu jambul,”selorohnya.

Seingatnya, ketika membuat animasi pendek untuk ‘test market’, beliau dimaklumkan stesen TV9 masih baru dan tidak ada produk.

“Saya mencadangkan kepada Allahyarham Bukhari Che Muda untuk mengambil animasi yang kami buat, dia bersetuju dan meminta kami membuat pengisian ‘Upin & Ipin’ yang bersesuaian dengan bulan puasa.

“Anak buah saya menghasilkan animasi ‘Upin & Ipin’ berpuasa tetapi tidak mencapai sasaran yang kami mahukan.

“Pengisiannya menunjukkan mereka menipu dan makan pada bulan puasa. Isteri saya menolak cerita tersebut dan mahu watak yang ada menunjukkan perkara yang positif kepada penonton,” katanya.

Menurutnya, kanak-kanak akan meniru apa yang mereka lihat, akhirnya dia dan isteri mengambil alih dan menulis skrip cerita tersebut.

“Ia ditayangkan berdurasi lima minit sebanyak enam episod di TV9, Alhamdulillah, ia meletup. Kita namakan watak Upin dan Ipin berdasarkan huruf U dan I, kita tambahkan ‘pin’ dibelakangnya,” katanya.

Sumber : gpsbestari.com

MOKHTAR DAHARI: LAGENDA BOLA SEPAK TERAGUNG KEBANGGAAN MALAYSIA

Jika Jepun berbangga dengan Yasuhiko Okudera dan Korea Selatan dengan Cha Bum-Keun, pasti Malaysia akan menamakan Mokhtar Dahari sebagai lagenda dalam sukan bola sepak bagi benua Asia.

Satu masa dahulu, Yasuhiko Okudera dan juga Cha Bum-Keun berkunjung ke Kuala Lumpur saban tahun untuk bersaing dalam Kejohanan Pestabola Merdeka.

Pestabola Merdeka merupakan satu kejohanan yang signifikan kepada pembangunan bola sepak di benua Asia.

Malah replika Piala Pestabola Merdeka masih gah menghiasi lobi ibu pejabat Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Korea Selatan (KFA) sehingga ke hari ini.

Tetapi lebih daripada itu, ada satu nama yang sering mengundang penyertaan pasukan-pasukan terbabit untuk menyertai kejohanan Pestabola Merdeka. Ia adalah kerana satu nama.

Nama yang menyatukan rakyat Malaysia, dan kita gelarkan nama itu sebagai SuperMokh!

Mokhtar Dahari 

Mohd Mokhtar bin Dahari adalah nama sebenarnya. Dilahirkan pada 13 November 1953, Mokhtar Dahari dilahirkan di Setapak, Selangor (kini Kuala Lumpur).

Mokhtar Dahari merupakan anak sulung kepada pasangan Dahari Abeng dan juga Aminah Binti Sharikan. Pada usianya 11 tahun, beliau dan keluarganya berpindah ke Kampung Pandan.

Mokhtar mempunyai minat yang mendalam pada sukan bola sepak sejak usia muda lagi. Walaupun terlibat dalam beberapa jenis sukan seperti badminton, bola sepak tetap sukan nombor satu di sanubari Mokhtar Dahari.

Maka tidak hairanlah Mokhtar  menjadi bintang bola sepak sejak dari zaman persekolahan lagi. Mewakili Victoria Institution pada zaman persekolahannya, bakatnya dalam bola sepak semakin terserlah.

Pada usia 18 tahun, Mokhtar Dahari telah dipanggil untuk mewakili pasukan remaja Selangor dalam kejohanan Piala Burnley (pada hari ini dikenali mirip pertandingan Piala Presiden) yang diadakan di Sarawak selaku tuan rumah.

Kehebatannya bersama skuad remaja Selangor menyebabkan Mokhtar dipanggil untuk bermain bersama skuad utama pasukan merah kuning itu.

Bersama skuad utama Selangor, Mokhtar Dahari merupakan pemenang kejuaraan Piala Malaysia sebanyak 10 kali- terbanyak pernah dimenangi oleh seorang pemain dalam sejarah pertandingan tersebut.

Selain daripada itu, Mokhtar Dahari turut pernah membawa Selangor muncul juara liga pada 1984 (pemberian trofi kepada juara liga hanya bermula pada tahun 1982).

Pestabola Merdeka, Sukan SEA dan Sukan Asia

Pestabola Merdeka merupakan kejohanan yang sinonim dengan kehebatan pasukan negara satu masa dahulu. Pestabola Merdeka adalah kejohanan bola sepak tertua di rantau Asia.

Kejohanan ini kaya dengan sejarah, dan cerita. Ia adalah keramat dan mencatit deretan nama lagenda yang pernah dilahirkan daripada kejohanan berprestij tersebut.

Bagi rakyat dan penyokong Malaysia yang pernah menyaksikan kelibat Mokhtar Dahari, anda pasti akan mengatakan bahawa pemeriah kejohanan tersebut adalah SuperMokh!

Pestabola Merdeka adalah pentas Mokhtar Dahari mencipta nama di peringkat antarabangsa.

Bersama Harimau Malaya, Mokhtar Dahari menjulang Piala Pestabola Merdeka sebanyak 4 kali iaitu pada tahun 1973, 1973, 1976 dan juga pada tahun 1979.

Antara yang akan terus menjadi memori ialah tandukan terbang Mokhtar Dahari di hadapan lebih 55,000 penonton di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Malaysia menundukkan Jepun dengan jaringan 2-0 dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka 1976 itu.

Selain daripada Pestabola Merdeka, Mokhtar Dahari turut membantu Malaysia memenangi pingat emas acara sukan bola sepak sebanyak dua kali di Sukan SEA (1977, 1979) dan pingat gangsa Sukan Asia pada tahun 1974 di Tehran.

Arsenal, England Dan Maradona

Pada 11hb Mei 1975, Malaysia dikunjungi oleh juara berganda musim 1970-1971 Arsenal untuk perlawanan persahabatan.

Arsenal yang dibimbing oleh Berti Mie turut tiba bersama barisan terbaik skuad The Gunners pada era itu seperti Peter Storey, John Radford, Sammy Nelson, George Armstrong, Peter Simpson dan juga Geoff Barnett.

Gandingan Mokhtar Dahari bersama Isa Bakar mengejutkan gergasi Inggeris itu dalam perlawanan yang diadakan di hadapan 30,000 penonton di Stadium Merdeka.

Dua gol SuperMokh menundukkan saingan Arsenal pada malam itu untuk memberi kemenangan 2-0 ke atas Malaysia.

Kehebatan Mokhtar Dahari nyata memukau Berti Mie sehingga wujud perkhabaran bahawa Arsenal ingin melamar Mokhtar Dahari ke London selepas perlawanan tersebut.

Selain daripada Arsenal, SuperMokh turut pernah memukau skuad kebangsaan England B yang bertandang ke Kuala Lumpur.

England mendahului seawal minit ke-14 dalam perlawanan yang turut diadakan di Stadium Merdeka tersebut.

Pada minit ke-32, magis daripada Mokhtar menjelma.

Mokhtar Dahari memulakan larian daripada bahagian tengah padang, menewaskan dua pertahanan England, David Needham kemudiannya Alex Kennedy sebelum rembatannya menewaskan Joe Corrigan untuk mengikat England B 1-1 dalam perlawanan tersebut.

Sir Bobby Robson yang merupakan pengendali England pada masa itu berpendapat bahawa Mokhtar Dahari tidak mempunyai masalah untuk beraksi bersama mana-mana pasukan Liga Inggeris.

Jelas kelibat SuperMokh mendapat perhatian anatarabangsa pada era kegemilangannya.

Malah Diego Maradona turut mengakui bahawa Mokhtar Dahari adalah pemain bola sepak terhebat daripada rantau Asia yang pernah beliau temui dalam satu wawancara khas membabitkan bekas kapten Argentina tersebut.

Perlawanan persahabatan antara Boca Juniors yang dibarisi oleh Maradona menentang Pilihan Selangor yang diketuai oleh Mokhtar Dahari pada 1982 pasti kekal dalam ingatan bekas bintang Napoli itu.

Rumusan

Hari ini 11 Julai 2017, genaplah 26 tahun perginya lagenda bola sepak negara, Allahyarham Dato’ Mokhtar Dahari. Perginya Allahyarham 26 tahun yang lalu pasti satu kehilangan besar buat bola sepak tanah air.

Nama Mokhtar Dahari akan terus kita kenang sebagai pemain bola sepak terhebat pernah dilahirkan negara.

“Jika anda malu untuk berdiri teguh di belakang pasukan anda, eloklah cari bendera lain”– Allahyarham Dato’ Mokhtar Dahari.

Sumber : semuanyabola.com

PERJUANGAN MAT KILAU

PAHLAWAN terbilang Melayu, Mat Kilau tidak hanya berjuang menentang penjajah di negeri kelahirannya, Pahang malah turut sama menyemarakkan semangat perjuangan bagi menebus maruah bangsa dan agama di negeri jiran iaitu Terengganu dan Kelantan.

Anak kelahiran Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut itu adalah anak kepada orang besar Pahang, Imam Rasu yang turut dikenali sebagai Tok Gajah . Sekitar 1890-an, berlaku pemberontakan rakyat di Pahang yang marah dengan tindakan British mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik. Antara yang menerima akibat daripada campur tangan pentadbiran British di Pahang adalah pembesar negeri iaitu Tok Gajah dan Dato’ Bahaman .

Kesan daripada itu, bermula siri pemberontakan di kalangan pembesar negeri hingga mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang penjajah. Rentetan daripada peristiwa itu, British mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum.

Bagaimanapun, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri dan menyebarkan semangat perjuangan menentang penjajahan di negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu. Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh ternama kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tok ku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan (Foto Tok Janggut)

Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat Kilau yang agak mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu. Dipercayai, terdapat tiga laluan yang digunakan Mat Kilau untuk ke Terengganu dan Kelantan bagi mendapatkan sokongan penduduk di kedua-dua negeri itu.

   KEMUNCULAN MAT KILAU   

  • Alkisah, maka pada tanggal 27 hb. Disember 1969, Mat Din telah dibawa oleh anak-anak cucunya ke  Masjid Kampung Pulau Tawar dan pada hari Jumaat itu juga, orang ramai sungguh terkejut apabila mengetahui orang tua yang bernama Mat Din itu adalah Mat Kilau bekas Pahlawan Melayu Pahang yang cukup terkenal menentang penjajahan Inggeris dulu.
  • Susulan daripada itu, atas perkenan Sultan Pahang sebuah Jawatankuas Penyiasat telah ditubuhkan yang diketuai oleh Dato’ Abdul Aziz Ahmad telah menjalankan tugas untuk menyiasat perkara tersebut iaiutu pada 6 hb. Ogos 1970. Hasil siasatan yang dibuat , maka Menteri Besar Pahang ketika itu, Tan Sri Haji Yahya Mohd Seth telah mengisytiharkan kesahihan Mat Din adalah sebenarnya Mat Kilau , yang pada ketika itu telah berusia 123 tahun.
  • Beliau dilahirkan di Kg.Kendondong Pulau Tawar, pada usia 12 tahun beliau telah dihantar oleh bapanya Imam Rasu ke Trengganu untuk  belajar sekolah pondok. Sesudah tamat belajar, Mat Kilau kembali  ke Pulau Tawar dan Sultan Pahang berkenan menganugerahi daerah Budu untuk ditadbir oleh beliau..
  • Apabila Dato’ Bahaman menentang penjajahan Inggeris pada tahun 1891, Mat Kilau telah membantu dan menyebelahinya. Beberapa tahun kemudian Mat Kilau terpaksa meninggalkan Pahang kerana serangan bertubi-tubi dari pihak Inggeris dan tali barut mereka yang telah mengkhianati pahlawan-pahlawan Melayu Pahang .

LATAR BELAKANG MAT KILAU   

  • Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau
  • Ibu Mat Kilau adalah Teh Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut, Burau.
  • Mat Kilau dilahirkan sekitar tahun 1865/1866 di Kg. Kendondong, Pulau Tawar, Jerantut Pahang.
  • Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di kampung

ZAMAN KANAK-KANAK

  • Mat Kilau diserah mengaji Quran dengan beberapa kanak-kanak lain.Mat Kilau mengaji dengan tekun hinggakan dia pandai membaca Quran dengan berbagai lagu.
  • Apabila tamat Quran Mat Kilau belajar berzanji dan diikuti dengan berdikir Maulud.Setelah pandai berzanji dan berdikir Maulud,barulah Mat Kilau belajar berdikir rebana yang lebih terkenal sebagai ‘Dikir Pahang’.
  • Oleh kerana suaranya merdu,maka jadilah Mat Kilau sebagai seorang pendikir yang terkenal di Pulau Tawar.

HOBI MAT KILAU  

  • Semasa kecil Mat Kilau suka bermain gasing.Oleh itu kerana mat Kilau pandai main gasing,maka dialah yang dijadikan jurumudi,iaitu orang yang memangkah terakhir.Apabila ada perlawanan main gasing seperti melawan pasukan Pedah di sebelah Hulu Atau Burau di sebelah Hilir, Mat Kilau dijadikan Ketua pasukan Kampung Masjid.
  • Setelah remaja,Mat Kilau mengambil bahagian di dalam permainan orang-orang dewasa iaitu berlaga buah keras.Disebabkan dia seorang pemuda yang kuat kudrat,maka Mat Kilau dijadikan orang tukang hencang.
  • Mengikut apa yang diketahui Mat Kilau tidak pernah menghencang tidak pecah.  Dia jadi lebih terkenal sebagai penghencang buah keras apabila Sultan Ahmad (Sultan Pahang ketika itu ) sampai dan bersemayam di Pulau Tawar .
  • Mat Kilau juga gemar pergi berburu. Apabila ‘peran tua’ (ketua berburu)tidak berburu.MatKilau dijadikan peran.Akhirnya Mat kilau dijadikan Tok Peran.
  • Sebagai pemburu Mat Kilau telah memperolehi banyak pengetahuan bersangkut paut dengan hutan.

 PERKAHWINAN MAT KILAU 

  • Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong, Pulau Tawar.
  • Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak.

   ILMU YANG DIPELAJARI  

  • Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan.
  • Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain,bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata sepertikeris dan parang.
  • Tentang ilmu batin pula Mat Kilau banyak menuntut ilmu kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri.
  • Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah.
  • Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagaiMufti Negeri Pahang.

SIKAP PERIBADI MAT KILAU  

  • Mat Kilau mempunyai sifat-sifat pemimpin,maka beliau telah menjadi seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati.
  • Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang.Pada bula Oktober 1888semasa Tok Gajah berada di Pekan,   Hugh Clifford  (Residen British di Pahang) telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan anak Tok Gajah iaitu Mat Kilau itu sendiri. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau.
  • Mat Kilau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat terutamanya bagi penduduk setempat.
  • Mat Kilau juga merupakan seorang yang amat disegani.Ini bukan kerana dia adalah seorang anak orang yang berpangkat tetapi kerana kejujurannya.
  • Mat Kilau adalah seorang yang tegas mak dia bukan sahaja disegani bahkan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya.Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim,Mat Kelubi,Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir.Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.

KEMATIAN MISTERI MAT KILAU  

  • Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura.
  • The Straits Times dan The Free Press menyatakan “Ketua Pendehaka,iaitu Dato’ Bahaman telah jatuh ke tanang pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895“.
  • The Free Press pula memberitahu bahawa “Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya.Luka-lika itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah”.
  • Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober,1895,maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa oarang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau) ,Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

KEMUNCULAN MAT KILAU  

  • Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang.
  • Semejak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
  • Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.
  • Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usahaOmar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaituKampung Masjid, Pulau Tawar.
  • Pada hari Jumaat 26 Disember 1969,Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat.
  • Selepas sembahyang, Mat Kilau telah membaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.
  • Pengistiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatan Kuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970
  • Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis 6 hb.Ogos 1970 Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang.
  • Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat,Mat Kialu meninggal dunia kerana keuzuran.
  • Usianya ketika itu dipercayai berusia 123 tahun.Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut.

MASJID KAMPUNG PULAU TAWAR   

  • Masjid inilah yang telah merakamkan detik sejarah penuh suka dan duka masih wujud hingga ke hari ini di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Usianya hampir200 tahun. Terletak kira-kira 30 minit dari bandar Jerantut. Suasana kehidupan tradisional masyarakat Melayu yang bermastautin di pesisiran Sungai Pahang masih tebal. Malah degup sejarah serta nostalgia abad ke-18 dan 19 seolah-olah baru sahaja berlalu. Masjid lama itu terletak berdekatan tebing Sungai Pahang yang jernih airnya.
  • Kewujudan masjid lama di situ berkaitan sejarah kepahlawanan Melayu Tok Gajah, Mat Kilau dan pengikutnya kerana di situlah tercetusnya kebangkitan semangat nasionalisme menentang penjajah Inggeris di Pahang.
  • Namun begitu masjid lama itu lebih sinonim berperanan sebagai pusat pengembangan ilmu serta syiar Islam bermula dari kurun ke-18 hingga awal tahun 1970-an. Perkembangan institusi pengajian pondok di Pulau Tawar berhubung rapat dengan masjid lama itu.
  • Di situlah markas tempat berkumpulnya tokoh ulama terkenal yang berasal dari Sumatera seperti Allahyarham-Allahyarham Imam Malim, Imam Ahmad, Imam Haji Abd Rahim, Imam Daud dan Imam Yahya. Masjid lama itu berperanan menyebarkan dakwah Islamiah.
  • Malahan banyak pelajar dari seluruh Jerantut, Kelantan dan Terengganu datang belajar di situ pada kurun ke-18. Menurut keterangan orang-orang tua Cucu , tapak asal pembinaan masjid lama itu dilakukan oleh Imam Perang Rasu (Tok Gajah), Mat Kilau serta orang-orang Melayu Pulau Tawar pada awal tahun 1880-an.
  • Masjid lama itu kemudiannya dibangunkan dengan wajah baru pada tahun 1923tetap mengekalkan perspektif seni bina tradisional yang menggunakan kayu dan pelupuh dari hutan tempatan.
  • Dalam buku Sejarah Pahang ada menceritakan pembesar British, Hugh Clifford, pernah mendarat di tebing berdekatan masjid itu untuk mengadakan perundingan dengan Mat Kilau dan Tok Gajah serta penduduk Pulau Tawar supaya jangan mencampuri urusan pentadbiran Inggeris di Pahang.
  • Setelah mengalami kerosakan teruk diancam banjir besar tahun berikutnya, masjid lama itu mengalami sekali lagi perubahan dengan binaan simen di bahagian bawah serta lantainya supaya kelihatan lebih teguh. Walaupun berhadapan dengan arus putaran masa, kubah dan mimbar masjid berkenaan masih lagi dalam bentuk binaan asal iaitu mempunyai ciri-ciri pengaruh seni bina Minangkabau.
  • Yang lebih unik, sehingga ke hari ini, sebatang tongkat yang dibuat daripada kayu teras berusia hampir sama dengan pembinaan masjid asal masih tersimpan rapi dan digunakan oleh khatib sewaktu membaca khutbah. Sebuah beduk kayu yang juga berusia hampir dua abad hilang dari masjid berkenaan dipercayai dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab beberapa tahun lepas.
  • Di masjid lama Pulau Tawar itulah berlaku sejarah pengistiharan diri Pahlawan Melayu Pahang Mat Kilau pada 26 Disember 1969 setelah menghilangkan diri buat sekian lama. Sebelum mengisytiharkan dirinya pada hari Jumaat, Mat Kilau pernah beberapa kali singgah di masjid itu menyamar sebagai peniaga dan orang luar.
  • Sehingga pertengahan tahun 1995 tinggallah masjid lama tersebut digigit sepi malah diselimuti dengan semak samun setelah penduduk di situ menggunakan masjid baru. Namun masjid lama itu sering didatangi oleh ahli sejarawan tempatan, siswa universiti, pelajar sekolah serta orang perseorangan untuk merakamkan sejarah dan melihat seni bina di luar dan dalamnya.

JEJAK MAT KILAU 

Laluan pahlawan Melayu kini destinasi unik buat pencinta keindahan flora dan fauna

JEJAK Mat Kilau, laluan yang digunakan pahlawan Melayu terbilang, Mat Kilau ketika menentang penjajah kini dijadikan laluan untuk peminat aktiviti lasak dan pencinta alam bagi melihat keindahan flora dan fauna sepanjang jejak yang ditinggalkan.

Dipercayai ada tiga laluan utama digunakan Mat Kilau yang setiap satu menghubungkan Pahang dengan Terengganu, Kelantan dan Perak bagi mendapat dan meraih sokongan penduduk di kawasan berkenaan untuk menentang penjajah Inggeris.

Bagaimanapun, daripada tiga laluan itu hanya dua laluan sering digunakan pencinta alam dan penggemar aktiviti sukan lasak ketika ini iaitu laluan Pahang ke Perak dan laluan Pahang ke Terengganu.

Mat Kilau bersama-sama tokoh pejuang seperti Datuk Bahaman, Tok Janggut dan Tok Gajah yang juga ayahnya memiliki kelebihan menguasai ilmu hutan dan ia menjadi kekuatan mereka untuk mengelak daripada ditangkap pemerintah British.Di Terengganu, Mat Kilau turut meninggalkan kubu yang digunakan menentang penjajah yang diketuai Residen Inggeris, Hugh Clifford di Padang Jerangau Jerangau, Kampung Pasir Raja, Dungun.

Laluan antara Pahang dan Terengganu agak berbukit bukau serta laluan sungai yang perlu diharungi hampir 60 peratus daripada keseluruhan perjalanan melalui laluan itu. Antaranya, mengharungi Bukit Lata ****** dan Bukit Gelugor ke puncak Gunung Main Angin (1,460 meter) yang agak memenatkan sebelum menyusur turun dan melalui semula laluan sungai untuk ke Kampung Bantal menggunakan rakit.

Laluan ketiga membabitkan laluan dari Ulu Tembeling di Pahang ke Hulu Terengganu (kini sebahagiannya sudah menjadi Tasik Kenyir) dan ke Hulu Kelantan (Gua Musang). Bagaimanapun, laluan ini kurang dikenali kerana hampir sebahagian daripada laluan utama sudah ditenggelami air Tasik Kenyir berikutan kerja membina empangan yang jalankan.

Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd Yusoff Abdullah, berkata laluan yang digunakan Mat Kilau sebenarnya laluan biasa penduduk pedalaman ketiga-tiga negeri terbabit yang digunakan untuk mencari hasil hutan terutama damar dan kayu gaharu.

Katanya, daripada tiga laluan yang ada, laluan Pahang (Kampung Bantal) ke Terengganu (Kampung Pasir Raja) adalah yang paling popular kerana ia menghubungkan persaudaraan antara dua negeri yang masih kekal dan terus digunakan hingga ke hari ini.

LALUAN JEJAK MAT KILAU

Ada tiga laluan digunakan, bagaimanapun hanya dua masih digunakan dengan meluas baik oleh peminat sukan lasak, pencinta alam dan ahli sejarah.

1. Laluan Pahang ke Perak bermula di Lata Lembik, Kampung Ulu Sungai, Raubhingga ke Batu Hidang, Pos Bersih, Ulu Slim, Perak. Laluan ini sejauh 34 kilometer dan mengambil masa antara dua ke tiga hari untuk dihabiskan (jika bermalam)

2. Laluan Pahang ke Terengganu bermula di Kampung Pasir Raja, Dungun keKampung Bantal, Hulu Tembeling yang lazimnya mengambil masa antara tiga hingga lima hari untuk dihabiskan.

Antara laluan paling sukar kerana terpaksa mudik ke hulu dan melalui laluan sungai.

Laluan ini sering digunakan penduduk antara kedua-dua negeri kerana mereka mempunyai talian persaudaraan dan menjadi antara laluan yang paling popular di kalangan pelancong atau peminat aktiviti lasak.

Laluan ini sebenarnya digunakan penduduk setempat untuk mencari hasil hutan terutama damar dan kayu gaharu.

3. Laluan Pahang, Terengganu dan Kelantan bermula dari Sungai Tembeling(Taman Negara Pahang) hingga ke Sungai Pertang (Hulu Kelantan/Hulu Terengganu) yang sebahagiannya kini sudah tenggelam kerana pembinaan empangan di Tasik Kenyir.

   KRONOLOGI PEMBERONTAKAN MAT KILAU 

Mac 1892 – Tok Gajah bertemu dan bersatu dengan Mat Kilau di Kampung Budu, Raub untuk menyerang tentera Hugh Clifford di Kuala Lipis.

9 April 1892 – Mat Kilau tidak sempat berperang dengan Inggeris dan beliau dibawa Haji Muhammad Nur ke Bukit Bentang bertemu Datuk Maharaja Perba Jelai

Mei 1892 – Inggeris mara ke Kampung Budu tempat Mat Kilau berkampung dan selepas mengetahuinya beliau melarikan diri ke hutan dan bersatu dengan Datuk Bahaman di Kampung Hulu Cempaka bagi meneruskan perjuangan menentang Inggeris

13 Julai 1892 – Pasukan Pengakap daripada pasukan Walker dan Clifford berkhemah di Lechau dekat Kampung Budu diserang kumpulan Mat Kilau dan Datuk Bahaman berhampiran Batu Berapit. Mereka kemudiannya berundur meninggalkan kawasan itu. Mat Kilau dan pengikutnya bersatu dengan Tok Gajah di Pasir Atas (tepi Sungai Tembeling)

22 Ogos 1892 – Mat Kilau dan adiknya Awang Nong membawa pasukannya menyerang Inggeris di Kuala Atuk (tepi Sungai Tembeling) yang diketuai R W Duff dan Panglima Garang Yusoh. Dua pengakap Inggeris terbunuh. Mat Kilau dan Awang Nong berundur membawa pengikut mereka ke Kuala Tembeling.

Oktober 1892 – Keadaan Pahang agak tenang, Sultan Ahmad mengikut nasihat Sultan Abu Bakar (Johor) dan Inggeris mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai rakyat Pahang yang dicop penderhaka kecuali Datuk Bahaman dan Tok Gajah.

Tok Gajah bersama anaknya Mat Kilau dan Awang Nong membawa pengikutnya berundur ke hulu Sungai Tembeling dan menyeberangi sempadan Pahang dan Kelantan hingga sampai di Kuala Tenggeling di Hulu Lebir, Hulu Kelantan

Akhir 1892 – Orang Melayu Pahang di bawah pimpinan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau yang menentang Inggeris di Pahang diusir keluar ke Hulu Kelantan

Mei 1894 – Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau berpindah dari Hulu Kelantan ke Kuala Terengganu dan tinggal di Kampung Seberang Engku Ngah. Ketika di Kampung Seberang Engku Ngah, Tok Gajah, Datuk Bahaman, Mat Kilau selalu berulang alik ke Kampung Paloh dan berjumpa Tok Engku Sayyid yang dianggap keramat

Pertengahan 1894 – mereka kembali ke Hulu Kelantan

Jun 1894 – Tok Gajah, Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Mat Kelubi dari Hulu Kelantan membawa 100 pengikut pergi ke Hulu Pahang menghilir Sungai Tembeling

14 Jun 1894 – mereka menyerang Inggeris di Kuala Tembeling. Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau ke Pulau Tawar berjumpa Panglima Garang Yusoh dan Maharaja Perba Jelai.

Kembali ke Sungai Tembeling mendirikan kubu di Jeram Ampai (berhampiran Kuala Tembeling)

Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau serta pengikut menghilir Sungai Kelantan sampai ke Kemuning (berhampiran Tanah Merah)

6 Jun 1895 – Hugh Clifford sampai di Pasir Nering, Kuala Berang kerana percaya Mat Kilau bersembunyi di sana

Oktober 1895 – Mat Kilau ditangkap askar Siam dan membawanya ke Kota Bharu, Kelantan. Dalam perjalanan ke sana Mat Kilau dipercayai melawan dan askar Siam dikatakan memukul kepala Mat Kilau hingga tidak sedarkan diri dan dianggap mati.
‘Mayat’ Mat Kilau diserahkan kepada Sultan Kelantan dan dia didapati masih hidup. Sultan Kelantan kemudian menyuruh Mat Kilau melarikan diri dan upacara gimik mengebumikan Mat Kilau dilakukan di Bunut Payung dekat Kota Bharu menggunakan batang pisang

 MAT KILAU SEMPAT LAUNG MERDEKA  

Daripada ramai pahlawan Melayu Pahang yang bangkit menentang penjajahan Inggeris pada 1880-an, hanya seorang daripada mereka yang sempat menyaksikan sendiri detik kemerdekaan negara.Dia ialah Mat Kilau, anak kepada pembesar Imam Perang Rasu (Tok Gajah), yang bangkit menentang kedatangan Inggeris ke Pahang pada sekitar 1880-an dan 1890-an. Lebih daripada itu, Mat Kilau juga berpeluang melaungkan ungkapan keramat “Merdeka!” pada 31 Ogos 1957, sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh rakan-rakan perjuangan seangkatan dengannya seperti Datuk Bahaman, Tok Gajah, Haji Abdul Rahman Limbong dan Tok Janggut atau yang lebih awal sepertiDatuk Maharaja Lela dan Dol Said.

Namun, pada hari berkenaan tiada seorangpun daripada puluhan ribu manusia yang berkumpul di Padang Masjid Negeri di Kuantan mengetahui bahawa orang tua yang dianggarkan berusia lebih 100 tahun di kalangan mereka adalah Mat Kilau.

   12 TAHUN  ISYTIHAR DIRI 

Anak angkat Mat KIlau yang kemudian menjadi menantunya, Abu Bakar Awang, 80, berkata sebelum mengisytiharkan dirinya yang sebenar, Mat Kilau sentiasa berdalih setiap kali ditanya tentang asal-usul dirinya — mungkin kerana khuatir beliau belum lagi diampunkan oleh sultan. Semasa kebangkitan itu, Pahang berada di bawah pemerintahanSultan Ahmad Al-Muazam Shah.

Beliau juga mengambil masa hampir 12 tahun selepas merdeka sebelum tampil mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau kerana khuatir sultan belum mengampunkan dirinya yang dianggap sebagai penderhaka,” katanya.

Salah seorang anak Mat Kilau, Aminah, 80, yang ditemui di rumahnya di Kampung Batu 5,Jalan Gambang Kuantan  mengesahkan bahawa sebelum perisytiharan tentang identitiya, beliau dan anak-anak lain tidak pernah menyangka bahawa manusia yang bergelar Mat Siam itu adalah pahlawan yang digeruni Inggeris.

Aminah adalah antara empat daripada lima orang anak Mat Kilau yang masih hidup dan tinggal di sekitar Kuantan. Yang lain ialah Sabariah, Abdul Rahman, Salamah dan Razali, manakala anak bongsunya, Zaleha, yang berkahwin dengan Abu Bakar meninggal dunia pada 1978.

Meneruskan ceritanya, Abu Bakar berkata beliau adalah antara orang yang paling gembira apabila mengingat kembali keghairahan luar biasa Mat Kilau menunggu saat-saat perisytiharan kemerdekaan.

Hari itu (31 Ogos 1957) awal-awal pagi lagi dia sudah bangun dan lepas sembahyang subuh dia terus bersiap untuk ke bandar Kuantan apabila mendapat tahu upacara sambutan juga akan diadakan di peringkat negeri, selain daripada Stadium Merdeka di Kuala Lumpur.

“Saya agak hairan melihat dia beria-ia benar hendak ke Padang Masjid Negeri. Walaupun sudah berusia lebih 100 tahun, saya lihat dia begitu bersemangat sekali untuk turut menyambut hari bersejarah itu,” katanya.

   GURU SILAT 

Abu Bakar yang kini menjadi guru utama Seni Silat Tapak Setia Suci, seni yang diwarisi daripada bapa mertuanya itu, berkata beliau masih ingat pada hari berkenaan Mat Kilau memakai kemeja-T leher bulat warna putih, kot warna kelabu, berseluar panjang dan bersamping serta lengkap berkasut, manakala kepalanya pula berlilit kain cindai.

Saya sendiri tidak tahu di mana beliau perolehi semua itu dan apakah maksud tersirat di sebalik melilit kain cindai di kepala,” katanya.

Menurut tradisi, kain cindai iaitu sejenis kain sutera nipis untuk lilitan kepala atau bengkung yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan Melayu ketika turun ke gelanggang untuk berhadapan dengan musuh.

Meneruskan ceritanya tentang detik-detik pagi keramat itu, Abu Bakar berkata gelagat bapa mertuanya yang ternyata amat bersemangat itu menyebabkan isteri Mat Kilau, Ajrah Bakar menganggapnya sebagai “buang tabiat”.

Selesai bersiap-siap, Abu Bakar dan Mat Kilau keluar rumah dan sama-sama menunggu bas percuma yang disediakan pihak berkuasa sempena sambutan itu.

Walaupun bas berkenaan penuh sesak hingga memaksa ramai yang berdiri dan berhimpit-himpit, Mat Kilau tetap nekad dan seolah-olah tidak sabar untuk ke padang berkenaan.

“Bila sampai di padang kami sama-sama menunggu detik laungan Merdeka. Sempat juga tengok orang berarak… kereta berhias pun ada dan dia (Mat Kilau) hari itu kelihatan cukup seronok,” katanya.

Apabila laungan merdeka kedengaran, Mat Kilau turut serta melaungkan merdeka.

CUBA BERI BAYANGAN  

Malah ketika berada di padang itu, Mat Kilau ada cuba memberi bayangan kepada Abu Bakar tentang siapa dirinya sebenar dengan berkata: “Tengok, siapa sangka aku juga sempat melihat (negara) merdeka”.

Abu Bakar yang tinggal bersama Mat Kilau sejak berusia 18 tahun berkata walaupun tidak berupaya untuk pergi ke Stadium Merdeka di mana perisytiharan kemerdekaan peringkat kebangsaan diadakan, bapa mertuanya tetap berpuas hati kerana dapat turut melaungkan “Merdeka!” di padang Kuantan itu.

Bagi Abu Bakar, laungan itu adalah manifestasi sebenar kegembiraan seorang pahlawan yang terpaksa menjalani liku-liku kehidupan penuh keperitan semata-mata kerana bangkit mempertahankan maruah bangsa dan agama serta kedaulatan tanahairnya.

Beliau juga berharap agar sesetengah teks sejarah disemak atau ditulis semula kerana masih ada kalangan yang terus menganggap Mat Kilau sebagai seorang penderhaka raja.

“Pihak Inggeris yang melabelkan Mat Kilau serta rakan-rakannya termasuk Datuk Bahaman sebagai pemberontak dan penderhaka, semata-mata untuk mengabui mata rakyat agar perjuangan mereka ketika itu tidak mendapat sokongan,” kata Abu Bakar yang juga Ketua Kampung Batu 5.

Cucu Mat Kilau, Alhamadi Abu Bakar, 40, berkata datuknya tidak meninggalkan apa-apa harta pusaka kecuali semangat perjuangan dan keberanian untuk diwarisi generasi sekarang dan akan datang agar negara tidak kembali dijajah.

Sumber : pewira79.wordpress besiwaja.blogspot hazis.wordpress.com

Siapa Alias Congo ?

Ini mungkin kerana Alias Congo tidak banyak muncul dalam filem-filem pada zaman itu berbanding dengan pelakon-pelakon lawak yang lain, sebaliknya dia sering membuat persembahan pentas dan muncul di televisyen Singapura.

Begitupun, penonton mungkin tidak dapat melupakannya kerana watak yang ditonjolkannya berlainan daripada pelawak lain.

Alias Congo yang turut dikenali sebagai Abang Apek menonjolkan watak lelaki Cina tua yang lengkap berpakaian Cina lama dan topi serta melawak dengan telor Cina yang pelat.

Menurut pengumpul maklumat bintang-bintang lama, Mohammad Hashim, Alias Congo ialah seorang pelawak yang kerap berlawak dengan membawa telor Cina sebagai modal dan daya tarikan.

“Tetapi selain melawak Alias juga pernah berlakon dalam filem Raja Bersiong keluaran Cathay Keris,” katanya.

Bagaimanapun, para penonton mungkin tidak dapat melupakan wataknya sebagai seorang lelaki Cina tua yang cuba membunuh diri dalam filem Madu Tiga arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, katanya.

Selain itu, Alias Congo juga pernah memimpin sebuah pancaragam bernama Aneka pada tahun 1953,” katanya.

Mohammad tidak pasti bagaimana Alias mendapat ilham menggunakan nama Congo, tetapi yang pasti dia mula dikenali ketika berlaku pergolakan politik di Congo.

“Malah, ketika berlaku pergolakan itu pun, Alias bukanlah salah seorang askar pengaman ataupun rombongan artis tempatan yang dihantar oleh kerajaan untuk menghibur tentera Malaya di sana.

“Tetapi nama Congo itu menjadi milik Alias hingga ke akhir hayat,” katanya ketika ditemui di kediamannya tempoh hari.

Pelawak ini sebenarnya dilahirkan sebagai Alias Said dan berasal dari Pulau Berani, Singapura. Dia adalah lepasan Sekolah Menengah Kota Raja dan kemudiannya melanjutkan pelajarannya di Sekolah Agama Al-Junid, Singapura.

“Alias berkahwin pada tahun 1954 dengan Rubiah dan mempunyai tiga orang anak iaitu Aminah, Uriah dan Ismail,” kata Mohammad.

Menurutnya, sebelum menjadi pelawak terkenal, Alias menempuh zaman muda dengan penuh sengsara kerana ketika itu berlakunya Perang Dunia Kedua.

“Keadaan itu telah menyebabkan Alias berhenti sekolah dan mula mencari kerja bagi membantu kedua-dua ibu bapanya,” katanya.

Selepas perang tamat dia tidak meneruskan persekolahannya dan ketika itulah dia berpeluang berkenalan dengan seorang pelawak terkenal ketika itu, Aziz King Gedobel.

Kata Mohammad, Alias cukup tertarik dengan bakat lawak Aziz dan dia sering mengikuti persembahan lawak Aziz di sekitar Singapura dalam penghujung 1940-an.

“Dalam diam-diam, dia menyimpan hasrat untuk berkenalan dengan Aziz dan ingin menjadi seorang pelawak,” katanya.

Aziz yang menyedari bahawa setiap tutur kata dan tingkah lawaknya sering menjadi perhatian Alias, tidak putus-putus memberi perangsang dan tunjuk ajar kepada Alias untuk menjadi pelawak yang berwibawa.

Bagaimanapun, Mohammad menjelaskan, Alias Congo menyedari bahawa dia perlu mempunyai satu karakter yang sesuai dengan wajah dan kemampuannya.

Dan beliau menambah, Alias memilih karakter seorang Cina tua dengan telornya sekali.

“Mungkin pilihan itu berdasarkan beberapa pelawak popular ketika itu. M. Zain dengan karakter India, P. Ramlee dengan gaya Arab dan Leng Husin dengan telor Cina.

“Tetapi ia cukup menjadi. Persembahan sama ada di atas pentas dan radio sering mendapat sambutan. Malah dia mendapat pujian kerana berjaya menghidupkan watak Cina tua dalam filem Madu Tiga dan meninggal dunia pada 29 julai 1972” katanya.

Sumber ” Facebook MENGENALI PELAKON LAMA

Kisah Saat-Saat Sebelum Hembusan Nafas Terakhir Arwah Pak Sudin

Kisah Saat-Saat Sebelum Hembusan Nafas Terakhir Arwah Pak Sudin | Seperti yang kita semua ketahui, beberapa hari lalu kita digemparkan dengan berita sedih apabila Seniman terkenal tanah air S Shamsudin diberitakan meninggal dunia ketika bersarapan bersama isteri tercinta. Ikuti kisah saat-saat sebelum pemergian arwah Pak Sudin ke Rahmatullah yang Dr Fuh petik dari laman Berita Harian Online.

Seniman seangkatan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, S Shamsudin atau nama sebenarnya, Samsudin Dali, 84, meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di West Avenue 6, Bukit Batok, Singapura, beberapa hari lalu.

Anak bongsunya, Mohamed Arifin, 44, yang berada di rumah ketika kejadian itu berkata, pada mulanya dia terdengar ibu, Puteh Ismoon, 77, menjerit memberitahu ayah tidak sedarkan diri ketika bersarapan.

Tak pernah mengadu sakit

Mohamed Ariffin berkata, dia terus menghubungi hospital dan melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada ayah sementara menunggu ambulans tiba.

“Ketika ibu menyuapkan mi rebus, arwah meminta minuman jus epal. Ketika ibu masuk semula ke bilik, ibu dapati ayah sudah tidak sedarkan diri ketika bersandar di atas katil. Lalu ibu terus menjerit nama saya.

“Saya terus melakukan bantuan CPR sementara menunggu ambulans sambil dibantu pegawai kesihatan yang berada dalam talian ketika itu, tetapi gagal,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini, semalam.

Image result for pak sudin

Mohamed Arifin berkata, ayah kemudian dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan (NUH) sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 10.56 pagi.

“Sepanjang tiga tahun terlantar akibat penyakit batuk kering dan Parkinson, arwah tidak pernah mengadu sakit dada atau mengalami serangan jantung. Bagaimanapun, pagi tadi (semalam) wajahnya kelihatan pucat,” katanya.

Allahyarham terkenal dengan lakonannya bersama P Ramlee dan Datuk Aziz Satar dalam beberapa filem komedi termasuk Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Tiga Abdul dengan filem terakhir pada 2010, Eee Hantu! arahan Majed Salleh.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, tujuh anak dan 14 cucu. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Pusara Abadi Chua Chu Kang, Singapura kira-kira jam 10 pagi, hari ini.

Selain teman seangkatan dan artis generasi baru, pemergian Allahyarham yang lebih mesra disapa Pak Sudin turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melayangkan mesej melalui Twitter mengenai kematian Pak Sudin serta mendoakan rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Renung wajah isteri

Sementara itu, Puteh berkata, sejak kebelakangan, arwah sentiasa merenung wajahnya dan meminta badannya dibersihkan dengan kerap selain tidak banyak berkata-kata.

“Saya ada beberapa kali meminta maaf kepada arwah. Namun arwah beritahu tidak perlu meminta maaf kerana saya tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Saya bersyukur apabila hajat terakhir arwah ingin menikmati mi rebus dapat ditunaikan. Arwah sempat menjamah juadah itu sebelum meninggal dunia,” katanya.

Turut hadir menziarahi Allahyarham, rakannya yang juga pelakon veteran, Abdul Wahid Ahmad, 83, atau dikenali sebagai Wahid Satay.

Wahid menyifatkan pemergian Allahyarham suatu kejutan. Baginya arwah adalah seorang abang yang banyak membantu pada zaman Studio Jalan Ampas.

“Ini suatu kehilangan besar. Arwah yang membawa saya berjumpa dengan P Ramlee dan Datuk Aziz Satar, selain banyak membantu saya walaupun kami berlainan syarikat penerbitan.

“Kali terakhir saya berjumpa arwah adalah ketika menghadiri majlis penghargaan artis veteran bersama bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim di Kuala Lumpur, awal tahun ini,” katanya. – Bharian

Dr Fuh – Sama-sama kita sedekahkan Umul Kitab Al-Fatihah kepada Allahyarham S Shamsudin serta mendoakan supaya diampunkan dosa-dosa beliau oleh Allah SWT serta beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah. Takziah kepada keluarga Allahyarham.

Bertabahlah semua..sesungguhnya dari Dia kita datang, dan kepada Dia jugalah kita kembali.

Sumber : fuh.com.my

Kisah Lagenda Kartunis Ujang ( Ibrahim Anon )

Ibrahim Anon atau Ujang yang merupakan nama pena bagi seorang pelukis berbakat besar walaupun bertubuh agak sederhana kecil. Mula mencipta namanya di Gila-Gila dengan kartun loose Si Tenggang. Waktu kartun beliau kelihatan agak kurang matang dan strokenya terlalu simple.

Walau bagaimana pun, Ujang berjaya meyakin penerbitnya bahawa karyanya suatu ketika akan diterima pembaca. Beliau telah membuktikan kegigihannya melalui watak-watak yang diciptanya melalui pengamatan dunia kelilingnya. Watak-watak dalam dirinya diterjemahkan dalam bentuk visual yang agak kartun tetapi menyentuh jiwa lewat karya-karyanya Aku Budak Minang, Jibam, Aca, Atuk dan banyak lagi.

Setelah betahun-tahun beliau menghilangkan diri daripada persada seni ekoran kekecewaan beliau terhadap masalah berkenaan karya intelek beliau, kini beliau menjelma kembali dengan semangat yang penuh membara untuk mengejutkan kembali kartunis-kartunis tanah air daripada ‘tidur.’ Beliau adalah seorang yang amat mementingkan keaslian 100% dalam sesuatu karya yang diterbitkan.

Menurut beliau, fenomena para karyawan di Malaysia yang kebanyakannya meniru sedikit sebanyak kartun-kartun dan komik-komik luar negara seperti Jepun, Hong Kong, Korea, Amerika Syarikat, benar-benar mengecewakan beliau.

Tahun 2007 merupakan tahun kebangkitan semula ‘Sifu Kartun Malaysia’ ini. Bermula dengan usaha syarikat Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB) yang telah memberikan hak kepada Jajja Production Sdn Bhd untuk mengadaptasikan novel Jibam karya Ujang ke dalam bentuk filem yang menjalani pengambaran sekitar bulan April 2007 dan bakal menemui kaki-kaki wayang di Malaysia sekitar Disember 2007. Filem itu dikenali sebagai “Jibam The Movie.”

Selain daripada itu, langkah-langkah giat ke arah menerbitkan Jibam sebagai sebuah animasi sedang dilakukan. Menurut laporan daripada sumber yang dipercayai, watak-watak animasi “Jibam” sedang dalam proses pembikinan oleh sebuah syarikat. Diharapkan “Jibam” akan meledakkan industri kartun dan komik di Malaysia pada suatu hari nanti dengan persembahan yang berwajahkan Malaysia.

Kemanakah ujang menghilang?

Setelah meletak jawatan melukis di majalah gila-gila, ujang menjadi pengarah pemasaran di kharisma pictures sdn bhd dan terbitnya majalah ujang.Dari keluaran pertama majalah ujang ketika itu yang bermaskotkan din beramboi (dibawa ujang dari majalah gila-gila) majalah ujang dapat dijual sebanyak 300,000 unit sebulan.

Pada masa itu juga allahyarham din beramboi telah ada di dunia hiburan kita dan oleh kerana ujang gagal mem’paten’kan hakcipta (copyright) terhadap maskot din beramboi, maka allahyarham din beramboi menang dan sebab itulah kita nampak sekarang maskotnya bukan bernama din beramboi tetapi pak cik din (pcd).

Pada tahun 1997, ujang keluar dari kharisma pictures dan menubuhkan syarikat sendiri iaitu Multi Tripple Vision sdn bhd dan menubuhkan majalah Varia Lawak. pas tu aku pun tak clear apa yang berlaku, dengar citer ada masalah copyright lagi dan terpaksa tukar nama majalah tersebut kepada lanun. Dan dengar cerita Ujang juga hilang segala copyrights terhadap semua kartunnya gara gara sign agreement tanpa membaca terlebih dahulu atas dasar pecaya pada kawan. sebenarnya Ujang ada baca draf agreement tersebut tapi kawannya batalkan draf dan tukar kepada yang lain tanpa pengetahuan ujang.

Setelah menandatangangi dan ditipu oleh kawan dari kharisma (yang kini sebagai MOY publications), segala watak-watak kartun didalam majalah ujang serta nama ‘ujang’ itu sendiri sudah bukan milik ujang.Sehingga itu lenyaplah legasi ujang dalam majalah ujang dan kartun-kartunnya seperti pak cik din, usop sontorian dan watak ujang itu sendiri.

Tidak terhenti disitu sahaja,pada 2006 ujang ingin membuat fiem ‘jibam’ iaitu salah satu daripada karyanya yang ‘akan’ dibintangi oleh jalil hamid dan khatijah tan.Tetapi malang ujang tidak lekang dari berbau dari situ setelah FINAS sudah meluluskan skrip timbul pula konflik antara penulis skrip, pangarah, produser, creative enterprise dan Ujang sendiri.

Walaupun begitu entah macam mana jika anda perasan sebelum ni kat TV2 hari Selasa pukul 8.30 malam ada drama Aku budak minang drama yang diadaptasikan dari kisah hidup kartunis Ujang.

Sumber : http://v12gether.blogspot.my

7 sebab Wings adalah legenda rock Malaysia

Debut yang memecah rekod

Rock kapak sedang meningkat naik pada pertengahan 80’an ketika empat orang remaja; Awie, Syam, Zul dan Jojet, menubuhkan kumpulan mereka sendiri, Wings pada tahun 1985. Dua tahun kemudian, mereka ditawarkan kontrak rakaman dan terus menggegar industri selepas melancarkan “Belenggu Irama”, yang diterbitkan oleh M.Nasir. Dengan muzik rock n’ roll penuh “attitude” dan ketrampilan tersendiri, peminat mereka berkembang pantas dan album mereka terjual sebanyak 180,000 unit; album debut paling laris oleh mana-mana kumpulan rock di Malaysia.

Gergasi persembahan “live”

Ketika sesetengah kumpulan di era tersebut dimomok-momok dengan ejekan tidak boleh bermain secara “live”, Wings (menampilkan Awie, Joe, Eddie dan Black bermula 1988) terus membina jenama mereka dengan sentiasa memberikan persembahan “live” yang penuh bertenaga. Walaupun tanpa pemain gitar kedua, empat jejaka ini mantap dengan bunyi yang penuh dan padu, diperkasakan oleh karisma Awie yang menarik dan memukau. Mereka sering beraksi di hadapan lebih 10,000 peminat dan kemudian, membuktikan kehebatan mereka bermain secara akustik mahupun dengan orkestra. Pada 2011, Wings diberi penghormatan untuk membuat persembahan di Istana Budaya di samping Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK); satu pencapaian yang tidak mampu digapai kebanyakan kumpulan lain.

Di”gam” namun tidak pernah retak

Walaupun album pertama mereka dijulang peminat di seluruh negara, media kawalan kerajaan termasuk radio dan TV, mengharamkan kebanyakan lagu-lagu mereka kerana unsur-unsur budaya kuning yang dibawa. Beberapa tahun kemudian, konsert rock dilarang sama sekali dan penghibur lelaki berambut panjang, termasuk Wings, disekat daripada muncul di kaca TV. Tetapi mereka mengharungi setiap penghinaan dan cabaran tersebut, dan muncul lebih mantap setiap kali.

Detik AJL yang ikonik

Album kedua Wings, “Hukum Karma” terjual 200,000 unit dan menghasilkan dua lagu megahit, “Misteri Mimpi Syakilla” dan “Taman Rashidah Utama”. Kedua-duanya menjadi juara bulanan di dalam rancangan “Muzik Muzik” di TV3, yang membawa mereka ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL) pada 1989. Dan di hadapan berjuta penonton TV, mereka menghasilkan dua persembahan yang tidak dapat dilupakan – satunya (“Taman Rashidah”) diiringi kumpulan koir dan ahli kumpulan Wings lengkap berpakaian sut. Walaupun mereka kalah kepada Search di dalam anugerah Persembahan Terbaik dan hanya memenangi tempat kedua dan ketiga, persembahan mereka masih menjadi perbualan sehingga kini.

Limpahan lagu-lagu hit

Dikurniakan dengan tim penggubah lagu yang prolifik termasuk M. Nasir, arwah JS Kevin dan Bob Lokman, lagu-lagu hit terus dihasilkan untuk Wings selama tempoh tiga dekad. Lagu-lagu seperti “Sejati”, “Bernafas Dalam Lumpur” dan “Cinta Seusia Kita” kini dianggap ikonik dan klasik, dan kemunculan kerap Wings di carta radio dan juga di rancangan “Muzik Muzik” sukar ditandingi.

Jualan album mencecah dua juta

Selepas kejayaan hebat album pertama mereka, enam album Wings selepas itu dijual sehingga sejuta unit. Tarikan komersil mereka utuh melangkau zaman walaupun ahli utama kumpulan bertukar ganti (selain daripada Awie yang keluar untuk mencuba kareer solo dan berlakon, kumpulan ini mempunyai dua vokalis lain; Mel dan Mus dari May), dan juga beberapa tempoh berehat. Secara keseluruhan, kumpulan ini telah menjual dekat dua juta unit daripada 29 album studio, “live” dan kompilasi mereka di pasaran tempatan.

30 tahun dan terus berbisa

Wings meraikan ulangtahun ke 30 mereka tahun lalu dengan pelbagai aktiviti termasuk konsert peringatan dan “roadshow” untuk bertemu peminat setia mereka. “Wings 30 Tahun” bermula dengan persembahan mega di bawah lampu limpah dan hujan lebat di Stadium Merdeka tahun lepas di hadapan 25,000 peminat fanatik. Semenjak itu, mereka telah membuat persembahan di beberapa lokasi lain, mengiburkan orangramai dengan barisan lagu hit terbaik dan mengukuhkan lagi status legenda mereka. Selepas tiga dekad penuh makna, Wings masih terus terbang tinggi.

Sumber : redbull.com